Seronoknya Bercuti Ke Cherating Di Holiday Villa Beach Resort

Seronoknya Bercuti Ke Cherating Di Holiday Villa Beach Resort. Aku baru sahaja pulang dari bercuti ke Cherating selama 2 hari 1 malam. Memang penat tetapi yang penting anak seronok..

Sebenarnya perancangan awal aku nak bawa anak berjalan ke Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur tetapi mengubah perancangan saat akhir selepas bini aku ajak pergi bercuti ke Cherating, bawa anak mandi kolam dan pantai.

Mula-mula berat hati juga dalam musim tengkujuh kalau hujan saja sepanjang hari tak seronok budak nak mandi kolam dan pantai, bahaya pula tu ..

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh

Tambahan pula, hotel boleh dikatakan penuh kalau cuti sekolah dan cuti umum. Kalau nak main redah saja atau “walk in” memang tipis harapan nak dapat bilik.

Dalam masa yang sama, adik ipar aku sekeluarga bercuti ke Cherating di Holiday Villa Beach Resort (dia dah tempah awal hotel) dan ajak duduk sebilik dengan mereka dan berkongsi saja 2 keluarga sebab 1 malam sahaja.

Bercuti Ke Cherating Di Holiday Villa Beach Resort

                                 Holiday Villa Beach Resort, Cherating

Pada mulanya, aku agak berat hati nak pergi apabila bukan keluarga aku saja, keluarga anak buah pun nak ikut sekali.

Aduhai.. 3 keluarga sebilik nak tidur macam mana, tak pasal aku kena tidur dalam bilik air atau tepi kolam renang.

Pergi Juga Bercuti Ke Cherating Sebab Anak Dah Berangan Nak Mandi Kolam…..

Anak aku terdengar perbualan aku dengan bini nak pergi bercuti ke Cherating, dia dengar pula ada kolam renang dan pantai.

Terus merengek nak pergi dan merajuk tak dapat mandi kolam dengan sepupu dia.. Emmm… aku kalau bab anak memang kalah biarpun tak berduit aku tetap akan usahakan.

Fikir punya fikir nekad pergi, tak mengapalah kongsi bilik 3 keluarga sebab semalam sahaja.. biarlah aku tidur dalam kolam janji anak dapat pergi bercuti ke Cherating dan berseronok dengan sepupu dia.

Fuhhh.. Ada Pula Bilik Kosong Di Holiday Villa Beach Resort, Cherating

Sampai sahaja di Holiday Villa Beach Resort, kebetulan ada pula bilik kosong masa adik ipar aku nak daftar masuk .. Selamat tak payah tidur 3 keluarga dalam 1 bilik 🙂

         Lobi Pendaftaran Holiday Villa Beach Resort, Cherating

Disebabkan keluarga aku dan anak buah aku kecil kami berpakat kongsi sahaja sebilik jimat kos lagipun semalam saja bercuti ke Cherating.

Adik ipar aku telah menempah bilik besar PALACE WING – SUPERIOR ROOM sebab tu dia ajak kami kongsi sebilik sampai 3 keluarga sebab bilik dah penuh. Memang besar biliknya kalau kami kena berkongsi bilik, tak perlu aku tidur dalam kolam.

Bercuti Ke Cherating

                         Bilik Adik Ipar Aku – Superior Room

Bilik yang aku dapat sebab ada kosong secara kebetulan pula adalah CAPITAL WING – DELUXE ROOM. Besar juga biliknya dan aku berkongsi dengan keluarga anak buah sebab keluarga kami kecil dan jimat kos, semalam sahaja buat apa nak buang duit.

Bercuti Ke Cherating

            Bilik Aku Dengan Anak Buah – Deluxe Room

Bilik aku dengan adik ipar berlainan blok tetapi dekat sahaja. Menariknya, ada dua buah kolam yang agak besar saiznya di kedua-dua blok. Maknanya, pengunjung tidak perlu berebut nak mandi kolam sebab kedua-dua blok ada kolam, bezanya kolam kanak-kanak di blok aku kecil sedikit. Rumusan aku.. bilik memuaskan, dapat bilik di tingkat bawah. Buka sahaja pintu bilik terus menghadap ke kolam.

Bercuti Ke Cherating Bukan Mandi Kolam Sahaja, Pantai Pun Dekat Sangat…

Tak puas mandi kolam, pantai pun dekat sangat. Berjalan kaki dalam beberapa minit sahaja dah sampai ke pantai yang terbentang luas.

Bercuti Ke Cherating

Seronok Sangat Anak Dan Anak Buah Main Ombak, Si Kecil Pun Sama..

Anak-anak apa lagi nampak pantai seronok sangat bermain pasir dan ombak. Cuma….. ombak di pantai Cherating agak kuat. Mungkin dalam musim tengkujuh, ombak yang menghempas ke pantai agak ganas jika dibandingkan dengan pantai di Teluk Cempedak di Bandar Kuantan.

Aku pun tak berani benarkan anak dan anak buah mandi terlalu jauh, hanya di gigi air sahaja kerana bimbang mereka ditarik ombak ke tengah laut.

Bercuti Ke Cherating

Setakat Gigi Air Sahaja Boleh Main Sebab Ombak Nampak Ganas

Memang seronok tengok anak-anak gembira, aku yang dah tua tak merasa berjalan ke pantai masa dalam umur mereka kerana keluarga bukan orang senang. Setahun sekali belum tentu.

Pendek kata, seronok sangat bercuti ke Cherating di Holiday Villa Beach Resort. Memang berbaloi, puas anak mandi kolam, mandi pantai.

Mesti Baca: Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Ini kali kedua aku bercuti ke Cherating. Sebelum ini aku menginap di , tidak jauh daripada Holiday Villa Beach Resort ini. Tempatnya boleh tahan juga dan pada aku kedua-duanya mempunyai daya tarikan tersendiri.

Seronoknya bercuti ke Cherating di Holiday Villa Beach Resort! Aku mungkin akan datang lagi pada masa hadapan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *