5 Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah

      4 Comments on 5 Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Belajar Bahasa Inggeris adalah proses belajar berterusan terutama bagi yang lemah atau sederhana dalam penguasaan Bahasa Inggeris sama ada penulisan atau pertuturan. Tidak kira usia, menguasai Bahasa Inggeris sangat penting pada masa sekarang kerana ianya bahasa utama dunia.

Aku sendiri mengaku yang aku menguasai Bahasa Inggeris sekadar sederhana sahaja, tak lemah dan tak pula mahir. Kalau dengar orang cakap Bahasa Inggeris atau baca dalam Bahasa Inggeris boleh faham juga tetapi……..

Nak balas atau bercakap dalam Bahasa Inggeris tu memang kena susun ayat, kena fikir dahulu baru boleh cakap, itupun entah betul ke tidak 🙂

Belajar Bahasa Inggeris

Sebenarnya, kita bukan lemah Bahasa Inggeris tetapi tak jadikan amalan bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris menjadi punca kita tak mampu bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan cepat dan tepat.

Mesti Baca: Contoh Soalan Temuduga Tanah Felcra

Kalau nak ikutkan kita semua sudah pandai bercakap dan menulis dalam Bahasa Ingeris kerana kita semua dah belajar Bahasa Inggeris sejak Pra Sekolah lagi betul tak? Tetapi… kita masih gagal berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Di mana silapnya?

Jadi, untuk boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah bercakap.. bercakap.. bercakap dan bercakap dalam Bahasa Inggeris selalu. Itu kuncinya!

Practice makes perfect.. itulah orang putih cakap.. kena berlatih selalu.. jadikan amalan bercakap dalam Bahasa Inggeris boleh menjadikan kita mahir.

5 Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Kalau nak belajar Bahasa Inggeris ini yang penting inisiatif sendiri terutama bagi yang telah berumur macam aku sekarang. Jangan cepat putus asa. Sentiasa belajar dan belajar selagi belum tutup mata.

Sebenarnya, ada banyak cara untuk kita belajar Bahasa Inggeris cara mudah dan cepat. Terpulang kepada kita untuk pilih cara yang mana satu, yang mana lebih mudah untuk kita.

Jom kita tengok cara mudah dan cepat belajar Bahasa Inggeris. Mungkin ada di antaranya kita sedang buat sekarang.

1) Baca Surat Khabar Bahasa Inggeris seperti The Star atau majalah ringkas dalam Bahasa Inggeris untuk melihat cara penulisan Bahasa Inggeris.

2) Menonton Rancangan Bahasa Inggeris Yang Ada Terjemahan. Ini antara cara belajar Bahasa inggeris yg bagus..sambil menonton rancangan kegemaran kita dapat belajar Bahasa Inggeris secara tak lansung.. Aku suka belajar dengan cara ini.

Belajar Bahasa Inggeris

3) Jangan Malu Baca Buku Sekolah Anak. Bagi kita yang sudah mempunyai asas dalam Bahasa Inggeris tentu mudah memahami apa yang disampaikan di dalam buku sekolah anak. Cara ini boleh mengingatkan semula asas dan teknik Bahasa Ingeris yang mungkin kita sudah lupa.

4) Bercakap Bahasa Inggeris Depan Cermin. Nak cakap dengan orang mungkin segan takut kena gelak. Buat permulaan biasakan bercakap depan cermin. Berlatih sehingga yakin.

5) Mendengar Dan Menghafal Lagu Inggeris. Ini pun cara yang aku suka dan amalkan sebabnya dengan cara ini kita dapat belajar menulis dalam Bahasa Inggeris dan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Cara ini sangat efektif.

Kita sudah Belajar Bahasa Inggeris sejak Pra Sekolah tetapi masih gagal menguasai Bahasa Inggeris dengan baik bukan sebab kita “bodoh” tetapi ianya tidak menjadi amalan, itu sahaja….

Kalau nak belajar Bahasa Inggeris cara percuma seperti yang telah aku terangkan di atas tetapi….. kalau nak belajar cara berbayar lagi cepat!

Antaranya pergi kelas belajar Bahasa Inggeris atau beli panduan Belajar Bahasa Inggeris. Sebagai contoh beli ebook Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris ini.

4 comments on “5 Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah

  1. Pingback: Tak Nak Bayar Yuran PIBG, Rokok Kat Rumah Berkaton... - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Aku Ada Tanda-Tanda Ketagih Internet? - From Temerloh With Love

  3. Pingback: Dibuang Kerja Tahun 2018? Dapat Bantuan RM600 Sebulan - From Temerloh With Love

  4. Pingback: Rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *