10 Azam Tahun Baru Popular. Yang Mana Anda Punya?

      3 Comments on 10 Azam Tahun Baru Popular. Yang Mana Anda Punya?

Dalam tak sedar kita sudah masuk minggu terakhir menjelang tahun baru 2018. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menutup tirai tahun 2017. Bagaimana dengan azam tahun baru anda semasa sebelum masuk tahun 2017 ini? Adakah tercapai?

Dalam kita menghitung detik tahun baru 2018 ini, cuba lihat kembali ke belakang. Adakah kita telah menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya atau semakin teruk?

Teringat teka-teki orang dahulu;

Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang akan naik tak turun-turun..

Jawabnya…. UMUR..

Umur semakin bertambah sepatutnya menjadikan kita lebih matang dan tabah menempuh kehidupan dalam dunia yang semakin mencabar.

Azam Tahun Baru

Bagaimana pencapaian anda dalam tahun 2017 ini? Adakah sasaran tercapai, hampir tercapai atau tidak tercapai langsung?

Jangan tertekan jika sasaran tidak tercapai kerana selagi kita masih bernyawa, kita masih punyai masa. Kejarlah sasaran itu selagi terdaya.

Mesti Baca: Jadual Gaji Kakitangan Awam, Cuti Sekolah, Cuti Umum Dan Cuti Panjang 2018

Bagi aku sendiri banyak sasaran yang masih belum tercapai dan aku sentiasa berusaha untuk mencapai sasaran terutama menjadikan kehidupan lebih baik untuk anak isteri dan juga ibu yang masih hidup.

Azam yang baik pastinya akan menghasilkan kesudahan yang baik, yang penting kita hendaklah berusaha mencapai azam tersebut, jangan mengalah dan pedulikan kata-kata yang yang mahu melihat anda jatuh.

10 Azam Tahun Baru Popular. Yang Mana Anda Punya?

Seperti biasa, menjelang tahun baru kita akan memasang azam tahun baru walaupun azam tahun semasa belum tercapai. Tidak mengapa, jika tak tercapai tetapkan azam tahun baru untuk capai azam tahun sebelumnya bolehkan?

1. Menikmati Kehidupan, Tak Nak Pening Kepala

Orang yang memasang azam seperti ini jenis yang tak nak kusutkan kepala. Yang dah lepas biarkan. Teruskan kehidupan macam biasa dan cuba capai azam tahun lepas dahulu.

2. Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Sebagai contoh perokok tegar memasang azam tahun baru untuk mengurangkan menghisap rokok dan akhirnya berhenti menjadi perokok. Kiranya mereka mahu memasang impian untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

3. Mengurangkan Berat Badan

Tengok cermin badan semakin membulat. Seluar baju semua dah ketat dan ada yang dah tak boleh pakai langsung. Bagi golongan ini mereka akan memasang azam untuk mengurangkanberat badan pada tahun depan. Masalahnya, kalau tengok apa depan mata semua nak makan memang susahlah.

azam tahun baru

4. Simpan Duit Dan Kawal Perbelanjaan

Ini azam tahun baru yang biasa kita dengar. Tahun depan nak mula simpan duit atau mengawal belanja. Tak nak boros lagi. Bagi yang beranak pinak memang terasa pening jika duit simpanan tak ada.

5. Lebihkan Masa Bersama Keluarga

Kalau tahun sebelumnya asyik sibuk dengan kerja dan tak ingat langsung nak bawa anak isteri bercuti atau meluangkan masa lebih banyak bersama mereka, memang elok sangat pasang azam tahun baru untuk lebihkan masa bersama keluarga. Wang ringgit boleh dicari tetapi kebahagiaan sebenar apabila melihat anak-anak membesar depan mata. Jangan lepaskan saat indah itu yang tak akan kembali lagi.

6. Mengurangkan Hutang Bank Atau Peribadi

Ini memang azam tahun baru yang sangat baik! Jika ada hutang cubalah selesaikan selagi masih hidup kerana kita tak tahu bila akan mati. Lagipun hidup dibelenggu hutang tak tenteram hidup.

7. Melancong 

Ada yang memasang azam untuk banyakkan melancong dan melihat tempat orang. Ada ke orang yang macam ini? Kalau jenis terperuk di tempat sendiri sejak lahir memang eolk sangat banyakkan melancong dan melihat tempat orang, terbuka sedikit minda tu.

Mesti Baca: Awas! 7 Jenis Makanan Yang Dipanaskan Semula Jadi Racun

azam tahun baru

8. Membaca Lebih Banyak Buku

Azam tahun baru macam ini memang susah nak cari sebab orang dah jarang membaca buku untuk mendapatkan maklumat. Semuanya nak Google sahaja atau banyak info boleh dapat melalui media sosial. Akhirnya, menjadi manusia yang ketagih internet. Aku memang tabik kepada yang memasang azam untuk membaca lebih banyak buku sebab susah nak jumpa orang macam ini dah.

9. Tambah Berat Badan

Ini masalah orang kurus seperti aku. Orang lain sibuk nak kuruskan badan tetapi aku nak gemukkan badan sebab kurus sanga pun tak menarik. Ingat senang ke nak gemuk?

10. Luangkan Masa Yang Lebih Untuk Hobi

Tuntutan hidup dalam zaman serba duit ini memang memerlukan kita bekerja keras untuk memenuhi keperluan. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk masa depan keluarga. Itu menyebabkan kita mengabaikan diri sendiri dan melupakan minat atau hobi. Apa kata azam tahun baru luangkan lebih masa untuk hobi yang telah lama ditinggalkan?

Itulah 10 azam tahun baru popular setiap tahun. Adakah anda sama atau azam anda berbeza dengan orang lain?

Tak kiralah apapun azam tahun baru anda, jangan memasang azam yang pelik-pelik sudah seperti azam menambah isteri baru 🙂

3 comments on “10 Azam Tahun Baru Popular. Yang Mana Anda Punya?

  1. Pingback: Lokasi Menarik Sambut Tahun Baru 2018. Orang Temerloh Sambut Mana? - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Selamat Tahun Baru 2018! - From Temerloh With Love

  3. Pingback: Hari Pertama 2018 Catatan Pertama.... - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *