Asal Usul Nama Temerloh, Belajar Loghat Temerloh

      1 Comment on Asal Usul Nama Temerloh, Belajar Loghat Temerloh

Asal Usul Nama Temerloh, Belajar Loghat Temerloh. Koi orang Temerloh! Temerloh di hati kome! itulah ungkapan yang biasa disebut oleh orang yang berasal dari Temerloh. Memang menjadi satu kebanggaan bagi anak jati Temerloh kerana daerah ini merupakan “Titik Tengah Semenanjung” kerana lokasinya terletak betul-betul di tengah Semenanjung Malaysia.

Kalau orang tanya daripada mana asal usul nama Temerloh aku sendiri pun tak tahu. Selepas merujuk dan google daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dapat juga. Memang pernah dengar macam-macam versi asal usul temerloh tetapi aku berpegang kepada cerita yang nampak logik sedikit, kalau dah masuk campur bab naga, jin memang aku tolak awal-awal.

Asal Usul Nama Temerloh Sebab Tidur Tak Ingat Dunia

Hasil google aku jumpa laman Portal Rasmi JKR Daerah Temerloh dan ada terdapat kisah asal usul nama Temerloh. Oleh kerana ini laman web kerajaan, jadi aku percaya ini sumber yang boleh dipercayai

Asal usul nama Temerloh melalui satu peristiwa yang berlaku di Kuala Semantan yang berpunca daripada perkataan ‘mereloh’. Ini berdasarkan pada satu peristiwa yang berlaku di sebuah anak sungai di kiri hilir Sungai Pahang bertentangan dengan Pulau Temerloh.

Asal Usul Nama Temerloh

 

Pada suatu hari ada seorang Minangkabau mendarat di kuala anak sungai itu .Semasa beliau berada di kampung tersebut , beliau melihat seorang sakai yang asyik mereloh (tidur) sepanjang hari tanpa mempedulikan hal-hal lain . Dari peristiwa itulah terbitnya perkataan temerloh yang kemudiannya diambil untuk menamakan kawasan yang baru dibuka itu .

Pendapat yang mengatakan nama Temerloh itu datangnya dari perkataan mengeloh juga dipersetujui oleh beberapa tokoh tempatan lainnya seperti Ishak Haji Muhammad dan Haji Omar walaupun peristiwa-peristiwa yang mereka ketahui agak berlainan sedikit.

Loghat Orang Temerloh

Loghat orang Temerloh ini orang cakap ikut arus sungai, kalau laju aliran sungai di suatu tempat maka laju cakap penduduk tempatan, memang susah nak faham kalau tak dengar betul-betul. Macam aku juga cakap laju. Kadang-kadang jadi bahan ketawa masa tinggal di asrama dahulu. Entah betul ke tidak ke aku yang kalut 🙂

Contoh loghat orang Temerloh

Aki = atok
Aokme = korang
Awok/aok = awak
Bah = banjir
Bahan = pukul
Pedo’oh = tipu
Pedo’oh amat = tipu sangat
Biroh = Perangai miang keladi / Gatal
Bubuh = letak
Ceklat getoh = chewing gum
Copair = tepi sangat
Deme = diaorang
Garas = gosok/sental
Gebor = selimut
Gone = macam mana
Gonyoh = sental kuat-kuat
Habat = pengotor
Hampes = tak berguna
Jenuh = puas
Keknye = tapinya
Kohoit = letih, sengal
Kome = kami
Koi = saya
Lantok = biar
Membute = tidor
Mereloh = tidor
Meronoh = buang air besar
Moh = jom
Ngape = kenapa
Pedo’oh = tipu
Rege = harga
Rodong = kawan
Sepolit = tinggal sedikit
Sewe = sewel
Siniha = di sini
Situho = di sana
Sokmo = selalu
Sontok = maksima
Tak cakne = tak prihatin
Terkancaih = terkejut
Tohor = cetek
Wan = nenek
Zaman Tori = Zaman dahulu kala/zaman tuk adam
Pohpalih = Melampau
Melenggey = penuh

Itu baru sikit. Lagi satu kalau nak tahu orang Temerloh suka ubah sesetengah perkataan menjadi huruf “O” di belakang perkataan. Contohnya:

Bola – Bolo

Kerbau – Kerbo

Marah – Maroh

Nanti ada masa aku kemaskini lagi loghat orang Temerloh, yang penting sekarang semua pembaca dah tahu asal usul nama Temerloh bukan berasal daripada nama naga atau jin ok 🙂

1 comment on “Asal Usul Nama Temerloh, Belajar Loghat Temerloh

  1. Pingback: Pekan Sehari Temerloh Terpanjang Di Malaysia - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *