Rebut 5 Amalan Sunnah Bulan Ramadhan

      3 Comments on Rebut 5 Amalan Sunnah Bulan Ramadhan

Rebut 5 Amalan Sunnah Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan akan datang lebih kurang seminggu sahaja lagi. Umat islam seluruh dunia sangat menantikan ketibaan bulan seribu rahmat ini. Tarikh melihat anak bulan Ramadhan pada 15 Mei 2018 dan nantikan pengumuman rasmi malam itu juga untuk mengetahui tarikh permulaan puasa Ramadhan tahun 2018 ini.

Amalan Sunnah Bulan Ramadhan

Apabila tibanya Ramadhan, kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sampai waktu berbuka puasa tetapi ada banyak amalan sunnah yang boleh dibuat untuk meraih sebanyak mungkin pahala dalam bulan yang hanya datang setahun sekali. Siapa tahu jika ini Ramadhan terakhir kita?

Rebut 5 Amalan Sunnah Bulan Ramadhan

Jom kita tengok apakah amalan sunnah bulan Ramadhan yang boleh dilakukan nanti.

1. Bersahur

Bersahur bukan sekadar untuk kita kuat bertahan tanpa makan dan minum sampai waktu berbuka puasa tetapi ianya mempunyai keberkatan seperti Sabda Rasulullah SAW;

“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR. Bukhari)

Jangan lepaskan peluang bangun makan sahur, jika tak selera makan awal pagi ambil makanan atau minuman yang ringkas tetapi mengeyangkan tetapi jangan sampai bulat perut terus tidur dan tak solat subuh pula.

2. Banyak Berdoa

Banyakkan berdoa kerana doa orang berpuasa adalah sangat mustajab di sisi Allah.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (HR Ibn Majah)

Ambil kesempatan keberkatan bulan Ramadhan ini, banyakkan berdoa kepada Allah kerana kedudukan orang berpuasa kerana Allah tinggi di sisiNya.

3. Memberi Makan Orang Berbuka/Banyak Bersedekah

Rezeki yang kita miliki sangat baik jika dapat dikongsikan bersama orang lain terutama orang yang tidak berkemampuan tambahan pula di bulan mulia ini. Rasulullah ada bersabda;

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)

Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Popular

Amalan Sunnah Bulan Ramadhan

Selain itu, banyakkan bersedekah dalam bulan Ramadhan. Banyak atau sedkit bukan ukuran yang penting bersedekah kerana Allah.

4. Segera Berbuka Apabila Masuk Waktu

Selepas seharian menahan lapar dan dahaga segeralah berbuka. Ini sangat dianjurkan oleh Rasulullah;

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR Bukhari dan Muslim)

Segera berbuka apabila masuk waktu, makan ringan dahulu seperti buah kurma atau minum air dan terus solat Maghrib dahulu. Kemudian, bolehlah ambil makanan yang berat asalkan tak keterlaluan sehingga kenyang sangat.

5. Berjaga Malam Untuk Beribadat Mencari Lailatul Qadar

Dalam bulan Ramadhan, ada satu malam yang dipanggil Lailatul Qadar. Barang siapa yang dapat bertemu malam Lailatul Qadar 

Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih al-Bukhari).

Malam Lailatul Qadar adalah rahsia Allah. Tiada siapa yang tahu bila ia datang di bulan Ramadhan tetapi menurut pendapat ulama malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29.

Itulah serba sedikit amalan sunnah bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan nanti.

Ada banyak lagi amalan yang boleh dilakukan yang penting niat untuk mencari keredhaan Allah.

Seminggu saja lagi kita akan berpuasa di bulan Ramadhan. Tak sabar kan?

3 comments on “Rebut 5 Amalan Sunnah Bulan Ramadhan

  1. Pingback: Fadhilat Dan Kelebihan Berpuasa Bulan Ramadhan - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Perkara Yang Membatalkan Puasa Dan Soal Jawab Kemusykilan Puasa - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *