PRU14: 6 Calon Mengidam Ahli Parlimen Temerloh

Setakat aku tahu sehingga artikel ini ditulis ada kira-kira 6 calon menunjukkan minat bertanding dan menjadi ahli Parlimen Temerloh dalam PRU14 nanti.

Itu dia…. berapa punya sengit pilihan raya kali ini. Belum pernah terjadi sampai 6 orang berhajat menjadi ahli Parlimen Temerloh. Entah apa yang best sangat Temerloh sampai ramai yang mengidam menjadi wakil rakyat di parlimen ini.

Oklah, sebagai anak jati Temerloh memang aku berharap sangat kali ini dapat ahli parlimen yang lebih bertanggungjawab tak kira daripada parti mana pun.

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Lokasi Menarik Di Temerloh

Ahli Parlimen Temerloh

Untuk pengetahuan, ramai sungguh yang marah dengan ahli parlimen Temerloh sebelum ini iaitu Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi daripada PAS kerana tak nampak batang hidung langsung sehingga dah nak PRU14 pun masih belum muncul.

Tahu-tahu beliau akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota pula. Aku tak nak kata apa harap beliau ambil pengajaran, semua orang boleh jadi ahli parlimen tetapi tak semua orang boleh jadi ahli parlimen yang bagus.

PRU14: 6 Calon Idam Ahli Parlimen Temerloh

Ok jom kita tengok siapa 6 orang yang mengidam sangat nak jadi Ahli Parlimen Temerloh. Aku tak tahu nak pilih siapa kali ini kalau dah sampai 6 orang. Tunggu dapat mimpi dahulu.

  • BEBAS – Isma Nazom Abdul Hamid, 52, pensyarah bebas
  • BEBAS – Mohd Khaidir Ahmad,¬†bekas Ketua Pengarang Stesen Televisyen TV3
  • BEBAS – Datuk Abu Jamal Nordin, bekas Pegawai Daerah Temerloh
  • BARISAN NASIONAL – belum diketahui
  • PAS – Md Jusoh Darus, Pengerusi PAS Temerloh
  • PARTI AMANAH NEGARA (PAKATAN HARAPAN) –¬†Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir

Mesti Baca: Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap!

Itulah maklumat yang aku tahu setakat ini untuk calon ahli parlimen Temerloh. Nanti aku akan kemaskini calon yang sah akan bertanding selepas hari penamaan calon PRU14.

Apa aku harapkan tak kira siapa ahli parlimen Temerloh untuk 5 tahun akan datang, tolonglah jadi ahli parlimen yang bertanggungjawab dan jangan makan gaji buta sahaja.

Orang dah pilih tu buatlah kerja baik-naik kalau tak nak kena humban dalam PRU akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *