Ada Apa Dengan Cinta?

      No Comments on Ada Apa Dengan Cinta?

Ada apa dengan cinta? Agak lama juga aku tidak menulis di Blog From Temerloh With Love, salah satu sebabnya aku agak sibuk dan berdepan seribu dugaan yang membataskan masa untuk aku aktif menulis. Itulah kehidupan.

Ada apa dengan cinta?

Ada Apa Dengan Cinta

Aku meminjam tajuk filem popular daripada Indonesia ini kerana secara tidak sengaja aku menonton filem tersebut di tengah kesunyian malam. Secara tidak langsung, terus teringat kenangan lama ketika zaman muda-muda dahulu.

Filem ada apa dengan cinta ditayangkan dan meletup ketika aku masih menuntut di Universti Putra Malaysia sekitar tahun 2002. Fenomena sungguh filem tersebut.

Ketika itu, aku memilih tinggal di luar asrama UPM kerana pelawaan daripada pakcik aku yang tinggal sendirian di Seri Petaling untuk tinggal bersama walaupun aku ditawarkan untuk terus menetap di asrama Kolej Kelima UPM.

Kalau nak tahu masa itu aku membeli sekeping CD Ada Apa Dengan Cinta berharga RM5 di pasar malam Seri Petaling (zaman ini CD cetak rompak bersepah di pasar malam), itu saja kemampuan aku sebagai pelajar ketika itu (duit PTPTN).

Mesti Baca: Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands

Mesti Baca: Jom Lihat 6 Tempat Menarik Di Temerloh

Ada Apa Dengan Cinta

Balik rumah terus layan filem tersebut menggunakan PC yang aku beli second hand saja, cukuplah untuk buat assignment dan sebagainya.

Pakcik aku ketika itu jeling-jeling saja, lepas itu duduk sekali tengok, kemudian setiap masa dia layan filem Ada Apa Dengan Cinta.

Aku balik kelas kalau dia ada mesti tengah tonton Ada Apa Dengan Cinta, siang malam tak kira masa. Sampai hafal habis skrip filem itu. Pakcik aku minat sangat watak Alya yang lemah lembut, baik hati dan pendengar yang baik walaupun Alya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Aku?

Ada Apa Dengan Cinta

Sudah pastilah aku minat dengan watak CINTA. Keserasian Cinta dan Rangga sangat terserlah dalam Ada Apa Dengan Cinta. Begitu juga dalam Ada Apa Dengan Cinta 2, mereka nampak sungguh serasi walaupun jarang digandingkan. Ibarat Shah Rukh Khan dan Kajol versi Indonesia.

Sesetengah orang apabila tengok filem lama atau dengar lagu lama pasti teringat kisah sila, pahit dan manis, suka dan duka.

Bagi aku itu lumrah tetapi jangan terlalu mengenangkan kisah lama yang dah jadi memori dan sejarah. Hidup kita adalah ke hadapan bukan ke belakang.

Itulah setakat ini. Kalau aku rajin aku akan kembali menulis dalam blog ini. Sebenarnya aku ada banyak blog, kesuntukan masa untuk menulis menjadikan blog aku bersawang. Ketika ini, fokus aku hanya kepada dua blog sahaja iaitu Carian Semasa dan From Temerloh With Love.

Jumpa lagi nanti! Nah aku kongsikan Link Filem Ada Apa Dengan Cinta & Ada Apa Dengan Cinta 2. Tontonlah atau download sebab filem ini ada copyright, mungkin boleh hilang begitu sahaja bila-bila masa sahaja.

Tonton & Download  Ada Apa Dengan Cinta 

Tonton & Download  Ada Apa Dengan Cinta 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *